Jumaat, 30 Ogos 2013

Welcome Warga Celup!

"Semalam Kata Keluar Hari ini Kata Masuk"


Sama ada harga emas naik atau harga emas turun,
Peluang pekerjaan banyak dan ada dimana-mana.
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih,
maaf kepada yang masih berusaha dan tidak berdalih,
Anda adalah yang terbaik!.

Di Bumi bertuah ini....
Janganlah membiarkan peluang pekerjaan itu di isi oleh
warga celup kebanyakkan, sama ada warga celup
itu masuk tanpa baju dan seluar atau warga celup
itu masuk dengan pakaian percuma beserta duit poket.

Kadangkala Aku sendiri buat-buat terkejut bila 
golongan elit bertopeng emas bagai bercakap dengan
bayang-bayang. Walhal Aku dan mereka yang tumpah darah
di tanah ini bukanlah bayang-bayang, bukan juga bangang.
Maaf, bila lidah sudah bercabang, tutur katanya 
sudah tidak kedengaran lagi.... .

Teka Songsang
"1.5 Billion Sebulan demi 1.5 Billion Setahun"
Klu : 1.5 Juta

Selasa, 27 Ogos 2013

Nafkah Nyawa, Nafas Orientasi

Wasangka, Bicara Tanpa Was-was

Aku bercita-cita bekerja secara bebas, bebas melakukan apa
sahaja pekerjaan sebagai sumber pendapatan yang halal dan
diberkati. Tahun demi tahun, namun Aku masih terikat
dengan sebuah organisasi. Bermula beberapa bulan lalu, Aku
mula berjinak-jinak berniaga secara sambilan dan kecil-kecilan.
Sebagai sumber pendapatan sampingan.
Sesusah-susah Aku banyak yang lebih susah dari Aku.
Sesenang-senang Aku, tidak sesenang mereka.
Namun rasanya, tidak kemana jika...
"Cukuplah sekadar yang ada" atau
" Bersyukurlah dangan apa yang ada"
atau susun kata yang sama maksud dengannya.

Bagi Aku, Terus berusaha! dan mensyukuri Rahmat-Nya!.

Agar apa yang masuk dalam perut,
tidak menjadi 'barah' di kemudian hari.

Isnin, 19 Ogos 2013

PROLOG

PROLOG BAYANGKAN MONOLOG

Semalam bermulanya aku merangka sebuah blog,
Sekadar dari tulang-temulang besi terbuang.
Diperkuatkan lagi dengan besi berani,
Kerana ketiadaan besi kursani.
Berakarkan urat dawai, bagi mengalirkan arus,
Pada organ-organ dalaman yang aku susunkan.
Akan aku sangkutkan hidung dan pasangkan mulut,
Juga sepasang mata dan sepasang telinga,
Agar dapat berinteraksi....

Walau entah apa tujuannya,
Mungkin akan tumbuh sepasang tangan,
Untuk minda merangkak keluar,
Terjulur sepasang kaki untuk berlari-lari,
Dalam dunia sendiri.... .


Bebas menulis, yahooooo seronoknya!
Blogger Yahoo Blogger Yahoo Blogger Yahoo

Cubaan

Hallo hallo, testing! testing! cubaan123, cubaan 1, 2, 3... .
Mencuba sesuatu yang baru atau mencuba yang sedia ada?

Makan Kanan

Segala posting adalah hak milik pemilik blog Bloggeryahooo.blogspot.com, Kecuali yang di nyatakan sumbernya.