TUMPANG DUDUK 2 #1 - Tumpang Makan
Beberapa tahun yang lalu, Sewaktu Kantin di tempat kerja di jadikan tempat tinggal pekerja kantin yang tidak berumah. Tak tahulah pekerja kantin itu ada permit kerja atau tidak.
Maka tibalah suatu malam seram apabila salah seorang pekerja kantin itu mengalami ketar lutut.
( nak cerita pun macam nak seram sebab sekarang Aku menaip pada malam Jumaat )
Ceritanya secara ringkas bermula, sewaktu Dia seorang pekerja kantin ingin masuk semula ke kantin selepas menunaikan hajat di tandas. Tiba-tiba seseorang telah mencelah di depannya. Seserang yang berambut panjang dan berpakaian putih itu pula mendahuluinya masuk ke dalam kantin. Pada mulanya Dia menyangkakan bahawa susuk tubuh itu adalah rakannya, tetapi apabila Dia sudah berada di dalam kantin tiada pula rakannya dan sesiapa di situ. Maka pada waktu itu apa lagi?, barulah rasa seram dan ketakutan itu muncul. Barulah Dia sedar apa yang Dia nampak itu bukanlah seseorang, tetapi sesuatu yang menyeramkan. Biasanya kes sebegini walau pelihat tahu tiada kenalan yang sedemikian rupa, namun biasanya tidak akan terfikir pada waktu itu. Tidak silap Aku, rakanya itu mengambil kesempatan menunggunya di luar bilik pengawal yang berada tidak jauh dari tandas. Mungkin kerana menunggu berhampiran tandas agak terganggu dengan bau yang tidak harmoni. Bila masing-masing telah alpa atau lupa antara satu sama lain, maka mungkin sesuatu pula yang akan menemani.
p/s : Mungkin hantu itu nak tumpang makan? itu sebab Dia masuk kantin?
Sinopsis POYO
Tumpang Duduk 2 #1 - Tumpang Makan
Tumpang Duduk 2 #2 - Tumpang Minum
Adalah antara pengalaman misteri seram yang di alami oleh pekerja di sebuah kilang
dalam masa tidak sampai sebulan sebelum Aku mengalami pekara yang hampir serupa di
Tiada ulasan :
Catat Ulasan