Hari ini Aku membawakan cerita yang boleh di klasifikasi umum, seram, misteri, pelik, berkenaan entiti, hantu atau apa sahaja yang berkaitan. Mimpi atau Realiti, inilah pengalaman. Maaf jika penyampaian Aku tidak menarik, Kerana Aku bukan seorang penulis. Aku cuma hendak berkongsi pengalaman misteri yang telah Aku lalui.
2 September 2013 - Mula bertugas.
Di sebuah pejabat bukan agensi kerajaan mahupun kongsi gelap di tingkat 1, tempat Aku bekerja, sebuah kilang lama... .
Jam dinding pejabat tempat kejadian |
Jam menunjukkan hampir 2.10 pagi. Aku duduk minum, menghirup Nescafe IPOH WHITE COFFE dengan gula perang yang tinggal separuh dan suam-suam panas, dalam kole seramik percuma pembelian susu Anlene.
Nescafe Ipoh White Coffee yang Aku nikmati |
Selepas itu Aku menyandarkan tubuhku pada kerusi untuk cuba tidur. "Arghhhh!" sememangnya Aku sukar untuk tidur. Terkebil-kebil mataku ( takkan mata orang lain ) hingga jam telah menunjukkan 2.20 pagi.
Aku terus pejamkan mata dengan harapan Aku tertidur, rasanya sekadar memejamkan mata dan mematikan diri. Pastinya jika begini keadaannya, Aku cuma dapat tidur tidur ayam sahaja, tak mengapalah asal dapat berehat dan tidak jadi ayam. Dalam rasa tidak selesa dan letih Aku membuka mata, apa yang aku ternampak seperti ada cahaya putih bergerak pada permukaan cermin tingkap bilik pejabat. Aku biarkan sahaja, fikirku reflektor atau biasan cahaya, Aku pun memejamkan mata semula.
Cermin tingkap pejabat tempat kejadian |
Aku membuka mata semula apabila rasa tidak selesa, Kali ini Aku dapat melihat seperti ada lembaga berwarna putih dengan susuk seperti mahluk atau hantu yang di gelar Pocong pada cermin yang sama. Lembaga itu seperti bergerak dari kiri ke kanan. Aku cuba membeliakkan mata untuk memastikan, aku tak berasa seram, fikirku mungkin kerana Aku tidak cukup rehat lalu berkhayal maka mungkin macam-macam yang bermain di mata. Aku buat-buat tidak nampak lalu memejamkan mata.
* Sama ada di panggil Hantu Pocong, Hantu Pochong, Hantu Punjut atau Hantu Bungkus, adalah tersenarai dalam penjelmaan atau penampakkan yang popular di Nusantara. Kira dalam kedudukkan TOP 5 juga.
Gambaran seperti Hantu Pocong yang Aku lakarkan agar lebih gempak. |
Aku berharap dapat tidur sekejap pun jadilah, bukan nak curi tulang pun! lagipun waktu rehat, tetapi aku terganggu lagi. Bila Aku buka mata, Aku dapat melihat dengan jelas pula lembaga serba putih seperti seorang tua yang membongkok mungkin bertongkat pada cermin yang sama. Tidak tahu sama ada jelmaan itu adalah lembaga misteri berjubah putih atau tidak. Aku sekadar menyatakan lembaga atau mahluk itu seorang tua berdasarkan pergerakkan dan gayanya. Lembaga itu Aku lihat seperti bergerak dari kanan ke kiri pula. Aku cuba lihat betul-betul, memang sah apa yang aku nampak lembaga serba putih itu pada cermin,. Cuma seperti sedikit lutsinar, begitu jaga halnya dengan lembaga atau mahluk seakan pocong tadi. Aku anggap lembaga itu ada pada sebelah luar cermin pejabat sahaja.
Gambaran Orang Tua juga Aku lakarkan agar lebih jelas |
Jujur, kali ini juga tiada perasaan seram pada saat kejadian itu, cuma rasa pelik. Dalam waktu aku berehat itu entah beberapa kali aku terganggu dan melihat benda yang bukan-bukan, cuma Aku tidak mahu memikirkan. Ianya tidak seperti apa yang di panggil kena hempap, kena tindih hantu, gangguan ghaib atau masaalah tidur.
Jam 7.45 pagi, Aku telah berada di rumah. Pada isteri, Aku menceritakan perihal yang terjadi . Waktu Aku bercerita itulah baru Aku terfikir, takkan apa yang Aku nampak itu di luar cermin pejabat?, mungkin ianya berada di belakang ku sahaja, dan apa yang Aku nampak adalah bayangan pada cermin tingkap bilik di depan ku berkemungkinan adalah pantulan bila lembaga atau mahluk itu melalui belakang ku. Sedang Aku duduk di kerusi dan berandar mengadap cermin tingkap pejabat. Pasti? ya, tak mungkin apa yang aku nampak itu adalah dari luar sebab pejabat Aku di tingkat 1, tidak ada beranda atau laluan untuk di lalui mahluk bernama manusia. Kesan cahaya dari bawah? maaf, jika cahaya lampu dari sebuah jentera pun mana mungkin ke atas dan menghasilkan cahaya menyerupai mahluk atau lembaga berwarna putih. Lampu jentera tersebut bercahaya kuning. Tiada orang lain di dalam pejabat melainkan Aku seorang sahaja.
3 September 2013 - Kembali bertugas.
Foto sebenar tempat kejadian di sebuah lokasi yang dirahsiakan |
Aku memeriksa cermin pejabat, memikirkan kemungkinan lain apa yang berlaku semalam ( rasa seram pula semakin kuat dari tadi, bila Aku menaip cerita ini ), tiada kemungkinan lain kerana Aku berseorangan di pejabat. Aku yakin apa yang Aku nampak adalah sesuatu yang mungkin benar telah melalui belakang ku. Tempat aku duduk bersandar dan menghadap cermin tingkap. Di luar tingkap adalah pemandangan kilang. Sama ada lembaga yang Aku nampak di permukaan cermin tingkap itu adalah pantulan imej dari dalam bilik pejabat, seperti gambar di atas, atau lembaga itu muncul dari luar?, mungkin inilah teka-teki.
Kerusi tempat aku duduk bersandar sewaktu kejadian |
Sama ada benar atau tidak, Aku tidak kisah. Aku tertanya sendiri, Aku dah boleh ternampak ke benda-benda ini?. Walau Aku pernah mengalami kejadian yang lebih kurang serupa, tetapi rasa seram itu biasanya datang kemudian. Walaupun beberapa kali Aku pernah ternampak mahluk atau lembaga yang menakutkan, tetapi seingat Aku tidak pernah secara bersemuka, kalau ada pun mungkin sekadar berdepan atau dari jauh. Mungkin sekadar kelibat sahaja. Harap jangan bersemuka sudahlah, takut dan tekanan darah tinggi di buatnya nanti!.
Mimpi atau Realiti, namun itulah pengalaman.
Cerita - Hantu - Misteri - Seram - Pelik - Entiti - Mahluk - Ghaib - Pocong - Orang tua bongkok, Orang tua bertongkat - Pejabat - Kilang - Takut - Mimpi - Ilusi - Khayalan
Tiada ulasan :
Catat Ulasan