Khamis, 5 September 2013

Kisah Seram Di Pejabat #2 - TUMPANG DUDUK

Hari ini bersamaan 5 September 2013.

Selepas beberapa bulan Aku bekerja pada Shift malam, Aku mengambil kesempatan untuk mengarang semula beberapa kejadian aneh yang Aku dan rakan sekerja alami di sebuah kilang. Walaupun kisah ini tidak terlalu seram, aneh atau misteri, namun genre cerita begini seperti belum ada noktahnya. Mungkin selepas ini aku akan bawakan pula kisah kisah  yang terjadi di tempat tempat berlainan dari kenalan atau mereka yang ingin berkongsi pengalaman.

Kisah Seram Di Pejabat No:2
Tarikh Kejadian : Beberapa tahun lalu 
Lokasi : Sebuah Kilang Lama di Shah Alam Selangor
Tempat Kejadian : Bilik Pejabat Tingkat 1
Pengalaman : Peribadi

TUMPANG DUDUK
Bahagian 1

Di pejabat tempat Aku berkerja, Aku pernah mengalami beberapa kejadian misteri, aneh dan seram. Salah satu kejadian pelik itu berlaku beberapa tahun lalu. Seperti biasa kejadian seram yang lain, begitu jugalah yang Aku alami ini berlaku pada tengah pagi, selepas detik jam 12 malam.

Seperti biasa Aku menjalankan tugas di pejabat, rakan-rakan di bahagian produktiviti pula sedang sibuk mengejar target pengeluaran, jika target atau sasaran tidak tercapai maka jiwa mereka bagai tertekan, kacau dibuatnya. Mesin yang di kendalikan agak jauh dari bilik pejabat, Bunyinya agak perlahan kedengaran. Sekali-sekala agak nyaring bergantung pada cara mesin dan bahan mentah di kendalikan.

Bila malam sudah larut, selepas jam 12.30 pagi, Aku menuju ke kantin untuk membeli minuman panas Kopi Mocha dari mesin air segera yang terletak lorong antara kantin dan pejabat utama. Selepas membeli Aku pun membawa minuman panas itu ke pejabat. Seperti biasa sekali-sekala Aku menghirup kopi panas sambil menyiapkan tugasan seperti kertas kerja atau memeriksa program komputer.
horror animated photo: animated horror iseeyou.gif
Sewaktu Aku menoleh ke sebelah untuk melegakan ketegangan leher, Aku melihat seseorang berambut panjang berpakaian serba putih sedang duduk di kerusi meja sebelah. Duduk secara membelakangi Aku. Aku memang nampak rambutnya yang tidak lurus. Pada mulanya Aku sangkakan dia itu rakan sekerja yang masuk secara senyap-senyap ke dalam pejabat dan duduk di sebelahku. Aku pun kembali memandang ke hadapan dan merungut dalam hati "siapa lagi lah yang berambut panjang dalam kilang ini, rasanya semua dah potong rambut termasuk Aku, eh! kenapa pula dia berpakaian putih?, mengapa tidak beruniform kerja ?!".
pontianak, kuntilanak, genderowo, penampakan, jelmaan misteri, lembaga, hantu
Gambar di lokasi dan kerusi sebenar dan lakaran jelmaan
 Aku yang tidak berpuas hati menoleh kembali pada kerusi yang diduduki tadi untuk melihat siapa... tetapi tiada sesiapa yang duduk di kerusi, apa lagi!? Aku bingung sebentar. Bila Aku rasa bulu roma nak naik Aku pun buat tak tahu keluar dan turun dari pejabat. Konon bagai tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati tertanya lagi, "Mana ada pekerja yang berambut panjang hingga melepasi pinggan dan berpakaian putih!".
Malaysian Horror Stories, haunted Office, cerita seram, Hantu, momok
Eh! dah tiada!, Pontianak Kuntilanak? imaginasi?

Sejak kejadian itu, apabila aku bekerja pada shift sebelah malam, Aku akan pastikan semua kerusi masuk ke bawah meja. Aku tidak mahu bagi peluang 'dia' benda benda lain duduk di kerusi. Oh ya! jika selepas ini dia tak dapat duduk di kerusi, mungkin dia akan duduk atas meja pula!. 
Malaysian Horror Stories, haunted Office, cerita seram, Hantu, momok
Pastikan kerusi di letak bawah meja ha! ha! ha!
Apakah jenis penampakan ini?
Sebenarnya, mungkin apa yang terjadi adalah rentetan dari apa yang berlaku pada beberapa minggu beberapa hari sebelum kejadian. Aku akan ceritakan selanjutnya akan datang di...

TUMPANG DUDUK
Bahagian 2 #1 - Tumpang Makan
Telah di terbitkan pada 7/9/2013
Bahagian 2 #2 - Tumpang Makan

Kisah Seram, Hantu, Momok, Misteri, Aneh, Pelik, Penampakan, Jelmaan di pejabat

Tiada ulasan :

Makan Kanan

Segala posting adalah hak milik pemilik blog Bloggeryahooo.blogspot.com, Kecuali yang di nyatakan sumbernya.