Jumaat, 6 September 2013

KISAH SERAM - TUMPANG DUDUK 2 #1

TUMPANG DUDUK 2 #1 - Tumpang Makan

Beberapa tahun yang lalu, Sewaktu Kantin di tempat kerja di jadikan tempat tinggal pekerja kantin yang tidak berumah. Tak tahulah pekerja kantin itu ada permit kerja atau tidak.
Maka tibalah suatu malam seram apabila salah seorang pekerja kantin itu mengalami ketar lutut.

( nak cerita pun macam nak seram sebab sekarang Aku menaip pada malam Jumaat )
eating gif photo: Real Lenore gif tumblr_lw1la3IKmC1r6au27o1_250.gif
Hantu makan ke ini?
Ceritanya secara ringkas bermula,  sewaktu Dia seorang pekerja kantin ingin masuk semula ke kantin selepas menunaikan hajat di tandas. Tiba-tiba seseorang telah mencelah di depannya. Seserang yang berambut panjang dan berpakaian putih itu pula mendahuluinya masuk ke dalam kantin. Pada  mulanya Dia menyangkakan bahawa susuk tubuh itu adalah rakannya, tetapi apabila Dia sudah berada di dalam kantin tiada pula rakannya dan sesiapa di situ. Maka pada waktu itu apa lagi?, barulah rasa seram dan ketakutan itu muncul. Barulah Dia sedar apa yang Dia nampak itu bukanlah seseorang, tetapi sesuatu yang menyeramkan. Biasanya kes sebegini walau pelihat tahu tiada kenalan yang sedemikian rupa, namun biasanya tidak akan terfikir pada waktu itu.  Tidak silap Aku, rakanya itu mengambil kesempatan menunggunya  di luar bilik pengawal yang berada tidak jauh dari tandas. Mungkin kerana menunggu berhampiran tandas agak terganggu dengan bau yang tidak harmoni. Bila masing-masing telah alpa atau lupa antara satu sama lain, maka mungkin sesuatu pula yang akan menemani.

p/s : Mungkin hantu itu nak tumpang makan? itu sebab Dia masuk kantin?
eating gif photo:  filessharenatorcom_YG6vv_GIF_Collection_of_someone_eating_popcorn-s320x240-181195.gif
Rilek Bro! jangan gabra sangat!
Sinopsis POYO

Tumpang Duduk 2 #1 - Tumpang Makan
Tumpang Duduk 2 #2 - Tumpang Minum

Adalah antara pengalaman misteri seram yang di alami oleh pekerja di sebuah kilang 
dalam masa tidak sampai sebulan sebelum Aku mengalami pekara yang hampir serupa di


Khamis, 5 September 2013

Kisah Seram Di Pejabat #2 - TUMPANG DUDUK

Hari ini bersamaan 5 September 2013.

Selepas beberapa bulan Aku bekerja pada Shift malam, Aku mengambil kesempatan untuk mengarang semula beberapa kejadian aneh yang Aku dan rakan sekerja alami di sebuah kilang. Walaupun kisah ini tidak terlalu seram, aneh atau misteri, namun genre cerita begini seperti belum ada noktahnya. Mungkin selepas ini aku akan bawakan pula kisah kisah  yang terjadi di tempat tempat berlainan dari kenalan atau mereka yang ingin berkongsi pengalaman.

Kisah Seram Di Pejabat No:2
Tarikh Kejadian : Beberapa tahun lalu 
Lokasi : Sebuah Kilang Lama di Shah Alam Selangor
Tempat Kejadian : Bilik Pejabat Tingkat 1
Pengalaman : Peribadi

TUMPANG DUDUK
Bahagian 1

Di pejabat tempat Aku berkerja, Aku pernah mengalami beberapa kejadian misteri, aneh dan seram. Salah satu kejadian pelik itu berlaku beberapa tahun lalu. Seperti biasa kejadian seram yang lain, begitu jugalah yang Aku alami ini berlaku pada tengah pagi, selepas detik jam 12 malam.

Seperti biasa Aku menjalankan tugas di pejabat, rakan-rakan di bahagian produktiviti pula sedang sibuk mengejar target pengeluaran, jika target atau sasaran tidak tercapai maka jiwa mereka bagai tertekan, kacau dibuatnya. Mesin yang di kendalikan agak jauh dari bilik pejabat, Bunyinya agak perlahan kedengaran. Sekali-sekala agak nyaring bergantung pada cara mesin dan bahan mentah di kendalikan.

Bila malam sudah larut, selepas jam 12.30 pagi, Aku menuju ke kantin untuk membeli minuman panas Kopi Mocha dari mesin air segera yang terletak lorong antara kantin dan pejabat utama. Selepas membeli Aku pun membawa minuman panas itu ke pejabat. Seperti biasa sekali-sekala Aku menghirup kopi panas sambil menyiapkan tugasan seperti kertas kerja atau memeriksa program komputer.
horror animated photo: animated horror iseeyou.gif
Sewaktu Aku menoleh ke sebelah untuk melegakan ketegangan leher, Aku melihat seseorang berambut panjang berpakaian serba putih sedang duduk di kerusi meja sebelah. Duduk secara membelakangi Aku. Aku memang nampak rambutnya yang tidak lurus. Pada mulanya Aku sangkakan dia itu rakan sekerja yang masuk secara senyap-senyap ke dalam pejabat dan duduk di sebelahku. Aku pun kembali memandang ke hadapan dan merungut dalam hati "siapa lagi lah yang berambut panjang dalam kilang ini, rasanya semua dah potong rambut termasuk Aku, eh! kenapa pula dia berpakaian putih?, mengapa tidak beruniform kerja ?!".
pontianak, kuntilanak, genderowo, penampakan, jelmaan misteri, lembaga, hantu
Gambar di lokasi dan kerusi sebenar dan lakaran jelmaan
 Aku yang tidak berpuas hati menoleh kembali pada kerusi yang diduduki tadi untuk melihat siapa... tetapi tiada sesiapa yang duduk di kerusi, apa lagi!? Aku bingung sebentar. Bila Aku rasa bulu roma nak naik Aku pun buat tak tahu keluar dan turun dari pejabat. Konon bagai tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati tertanya lagi, "Mana ada pekerja yang berambut panjang hingga melepasi pinggan dan berpakaian putih!".
Malaysian Horror Stories, haunted Office, cerita seram, Hantu, momok
Eh! dah tiada!, Pontianak Kuntilanak? imaginasi?

Sejak kejadian itu, apabila aku bekerja pada shift sebelah malam, Aku akan pastikan semua kerusi masuk ke bawah meja. Aku tidak mahu bagi peluang 'dia' benda benda lain duduk di kerusi. Oh ya! jika selepas ini dia tak dapat duduk di kerusi, mungkin dia akan duduk atas meja pula!. 
Malaysian Horror Stories, haunted Office, cerita seram, Hantu, momok
Pastikan kerusi di letak bawah meja ha! ha! ha!
Apakah jenis penampakan ini?
Sebenarnya, mungkin apa yang terjadi adalah rentetan dari apa yang berlaku pada beberapa minggu beberapa hari sebelum kejadian. Aku akan ceritakan selanjutnya akan datang di...

TUMPANG DUDUK
Bahagian 2 #1 - Tumpang Makan
Telah di terbitkan pada 7/9/2013
Bahagian 2 #2 - Tumpang Makan

Kisah Seram, Hantu, Momok, Misteri, Aneh, Pelik, Penampakan, Jelmaan di pejabat

Rabu, 4 September 2013

Kisah Seram di Pejabat #1 - 2 JELMAAN

Hari ini Aku membawakan cerita yang boleh di klasifikasi umum, seram, misteri, pelik, berkenaan entiti, hantu atau apa sahaja yang berkaitan. Mimpi atau Realiti, inilah pengalaman. Maaf jika penyampaian Aku tidak menarik, Kerana Aku bukan seorang penulis. Aku cuma hendak berkongsi pengalaman misteri yang telah Aku lalui.

2 JELMAAN

2 September 2013 - Mula bertugas.

Di sebuah pejabat bukan agensi kerajaan mahupun kongsi gelap di tingkat 1, tempat Aku bekerja, sebuah kilang lama... .
Jam dinding pejabat tempat kejadian
Jam menunjukkan hampir 2.10 pagi. Aku duduk minum, menghirup Nescafe IPOH WHITE COFFE dengan gula perang yang tinggal separuh dan suam-suam panas, dalam kole seramik percuma pembelian susu Anlene.
Nescafe Ipoh White Coffee yang Aku nikmati
Selepas itu Aku menyandarkan tubuhku pada kerusi untuk cuba tidur. "Arghhhh!" sememangnya Aku sukar untuk tidur. Terkebil-kebil mataku ( takkan mata orang lain ) hingga jam telah menunjukkan 2.20 pagi. 
Aku terus pejamkan mata dengan harapan Aku tertidur, rasanya sekadar memejamkan mata dan mematikan diri. Pastinya jika begini keadaannya, Aku cuma dapat tidur tidur ayam sahaja, tak mengapalah asal dapat berehat dan tidak jadi ayam. Dalam rasa tidak selesa dan letih Aku membuka mata, apa yang aku ternampak seperti ada cahaya putih bergerak pada permukaan cermin tingkap bilik pejabat. Aku biarkan sahaja, fikirku reflektor atau biasan cahaya, Aku pun memejamkan mata semula.
Cermin tingkap  pejabat tempat kejadian
Aku membuka mata semula apabila rasa tidak selesa, Kali ini Aku dapat melihat seperti ada lembaga berwarna putih dengan susuk seperti mahluk atau hantu yang di gelar Pocong pada cermin yang sama. Lembaga itu seperti bergerak dari kiri ke kanan. Aku cuba membeliakkan mata untuk memastikan, aku tak berasa seram, fikirku mungkin kerana Aku tidak cukup rehat lalu berkhayal maka mungkin macam-macam yang bermain di mata. Aku buat-buat tidak nampak lalu memejamkan mata.

* Sama ada di panggil Hantu Pocong, Hantu Pochong, Hantu Punjut atau Hantu Bungkus, adalah tersenarai dalam penjelmaan atau penampakkan yang popular di Nusantara. Kira dalam kedudukkan TOP 5 juga.
Gambaran seperti Hantu Pocong yang Aku lakarkan agar lebih gempak.
Aku berharap dapat tidur sekejap pun jadilah, bukan nak curi tulang pun! lagipun waktu rehat, tetapi aku terganggu lagi. Bila Aku buka mata, Aku dapat melihat dengan jelas pula lembaga serba putih seperti seorang tua yang membongkok mungkin bertongkat pada cermin yang sama. Tidak tahu sama ada jelmaan itu adalah lembaga misteri berjubah putih atau tidak. Aku sekadar menyatakan lembaga atau mahluk itu seorang tua berdasarkan pergerakkan dan gayanya. Lembaga itu Aku lihat seperti bergerak dari kanan ke kiri pula. Aku cuba lihat betul-betul, memang sah apa yang aku nampak lembaga serba putih itu pada cermin,. Cuma seperti sedikit lutsinar, begitu jaga halnya dengan lembaga atau mahluk seakan pocong tadi. Aku anggap lembaga itu ada pada sebelah luar cermin pejabat sahaja.
Gambaran Orang Tua juga Aku lakarkan agar lebih jelas
Jujur, kali ini juga tiada perasaan seram pada saat kejadian itu, cuma rasa pelik. Dalam waktu aku berehat itu entah beberapa kali aku terganggu dan melihat benda yang bukan-bukan, cuma Aku tidak mahu memikirkan. Ianya tidak seperti apa yang di panggil kena hempap, kena tindih hantu, gangguan ghaib atau masaalah tidur.

Jam 7.45 pagi, Aku telah berada di rumah. Pada isteri, Aku menceritakan perihal yang terjadi . Waktu Aku bercerita itulah baru Aku terfikir, takkan apa yang Aku nampak itu di luar cermin pejabat?, mungkin ianya berada di belakang ku sahaja, dan apa yang Aku nampak adalah bayangan pada cermin tingkap bilik di depan ku berkemungkinan adalah pantulan bila lembaga atau mahluk itu melalui belakang ku. Sedang Aku duduk di kerusi dan berandar mengadap cermin tingkap pejabat. Pasti? ya, tak mungkin apa yang aku nampak itu adalah dari luar sebab pejabat Aku di tingkat 1, tidak ada beranda atau laluan untuk di lalui mahluk bernama manusia. Kesan cahaya dari bawah? maaf, jika cahaya lampu dari sebuah jentera  pun mana mungkin ke atas dan menghasilkan cahaya menyerupai mahluk atau lembaga berwarna putih. Lampu jentera tersebut bercahaya kuning. Tiada orang lain di dalam pejabat melainkan Aku seorang sahaja.

3 September 2013 - Kembali bertugas.
Foto sebenar tempat kejadian di sebuah lokasi yang dirahsiakan
Aku memeriksa cermin pejabat, memikirkan kemungkinan lain apa yang berlaku semalam ( rasa seram pula semakin kuat dari tadi, bila Aku menaip cerita ini ), tiada kemungkinan lain kerana Aku berseorangan di pejabat. Aku yakin apa yang Aku nampak adalah sesuatu yang mungkin benar telah melalui belakang ku. Tempat aku duduk bersandar dan menghadap cermin tingkap. Di luar tingkap adalah pemandangan kilang. Sama ada lembaga yang Aku nampak di permukaan cermin tingkap itu adalah pantulan imej dari dalam bilik pejabat, seperti  gambar di atas, atau lembaga itu muncul dari luar?, mungkin inilah teka-teki.
Kerusi tempat aku duduk bersandar sewaktu kejadian
Sama ada benar atau tidak, Aku tidak kisah. Aku  tertanya sendiri, Aku dah boleh ternampak ke benda-benda ini?. Walau Aku pernah mengalami kejadian yang lebih kurang serupa, tetapi rasa seram itu biasanya datang kemudian. Walaupun beberapa kali Aku pernah ternampak mahluk atau lembaga yang menakutkan, tetapi seingat Aku tidak pernah secara bersemuka, kalau ada pun mungkin sekadar berdepan atau dari jauh. Mungkin sekadar kelibat sahaja. Harap jangan bersemuka sudahlah, takut dan tekanan darah tinggi di buatnya nanti!. 

Mimpi atau Realiti, namun  itulah pengalaman.

Cerita - Hantu - Misteri - Seram - Pelik - Entiti - Mahluk - Ghaib - Pocong - Orang tua bongkok, Orang tua bertongkat - Pejabat - Kilang - Takut - Mimpi - Ilusi - Khayalan

Makan Kanan

Segala posting adalah hak milik pemilik blog Bloggeryahooo.blogspot.com, Kecuali yang di nyatakan sumbernya.